2 Tawarikh 28:22-23 (AVB) Pada masa kesesakan, Raja Ahas malah semakin mungkar terhadap TUHAN. Dia mempersembahkan korban kepada berhala-berhala orang Damsyik yang telah mengalahkannya. Fikirnya, “Kerana tuhan para raja Aram membantu mereka, aku hendak mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan itu supaya mereka membantu aku.” Tetapi itulah yang menyebabkan keruntuhannya dan juga keruntuhan semua orang Israel. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan orang Damsyik" Raja Ahas raja Yehuda berbuat jahat di mata TUHAN. Dia membina mazbah di segenap penjuru di Yerusalem untuk tuhan orang Damsyik dan menutup pintu Rumah TUHAN. Begitulah jahatnya perbuatan raja Ahas. Tuhan Yesus pernah marah di Rumah TUHAN sebab urusan jual beli yang tidak jujur (Matius 21:12-13) umpama bertuhankan urus niaga daripada beribadah kepada TUHAN. Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja Ahas yang membina mazbah untuk tuhan orang Damsyik. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.3.2023.

Comments

Popular Posts