2 Tawarikh 19:4-6 (AVB) Yosafat tinggal di Yerusalem. Kemudian dia berangkat lagi mengunjungi rakyat, dari Bersyeba sampai ke pergunungan Efraim, dan menyuruh mereka berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka.
Dilantiknya para hakim di negeri itu, iaitu di setiap kota berkubu di Yehuda.
Katanya kepada para hakim itu, “Perhatikanlah apa yang kamu lakukan, kerana kamu bukan memutuskan hukum bagi manusia, melainkan bagi TUHAN. Dia menyertai kamu ketika kamu memutuskan hukum.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Melantik para hakim" Sekembali dari pertempuran bersama raja Ahab melawan raja Aram, raja Yosafat mengunjungi rakyat dalam naungan kerajaan Yehuda memanggil mereka kembali kepada TUHAN dan melantik para hakim di setiap kota berkubu, untuk memutuskan hukum kepada rakyat demi TUHAN. Tuhan Yesus berkunjung dari kota ke kota memberi pesan supaya rakyat bertaubat dan kembali kepada TUHAN. Mari kita bertekad seperti raja Yosafat melantik para hakim demi menegakkan hukum TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 4.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment