2 Tawarikh 24:20-21 (AVB) Kemudian Roh Allah menguasai Zakharia, anak Imam Yoyada. Dia tampil di depan rakyat dan berkata kepada mereka, “Beginilah firman Allah, ‘Mengapakah kamu melanggar perintah-perintah TUHAN sehingga kamu tidak beruntung? Kerana kamu meninggalkan TUHAN, maka Dia pun meninggalkan kamu.’”
Akan tetapi, mereka bersekongkol melawannya, dan atas perintah raja mereka melempari dia dengan batu di pelataran Bait TUHAN.
Koposizan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Melempari batu" Para pengawai raja tidak mahu mendengar nasihat imam Zakharia anak imam Yoyada yang menyelamatkan raja Yoas daripada dibunuh oleh Atalya yang jahat itu. Atas perintah raja dia dilempari batu sampai mati di pelataran Bait TUHAN. Tuhan Yesus berulang kali mahu dilempari batu ketika mengajar di halaman Bait TUHAN. Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja Yoas melempari batu kepada imam Bait TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 9.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment