2 Tawarikh 18:20-22 (AVB) Kemudian tampillah suatu roh, lalu berdiri di hadapan TUHAN. Katanya, ‘Aku akan memujuk dia.’ Firman TUHAN kepadanya, ‘Dengan apa?’
Jawabnya, ‘Aku akan keluar dan menjadi roh dusta di dalam mulut semua nabinya.’ Firman-Nya, ‘Engkau akan memujuk dia dan berjaya. Pergilah dan berbuatlah demikian!’
Sekarang ketahuilah, TUHAN telah mengizinkan roh dusta ditaruh di dalam mulut para nabi Tuanku itu. TUHAN telah menetapkan malapetaka terhadap Tuanku.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Roh dusta" Raja Ahab raja Israel mahu menyerang kota Aram, dia meminta petunjuk TUHAN melalui para nabinya seramai empat ratus orang, mereka semua bernubuat kemenangan raja Ahab. Tetapi sebenarnya mulut mereka ditaruh oleh roh dusta. Akhirnya terbunuhlah raja Ahab dalam pertempuran itu. Tuhan Yesus memberi kita Roh Kudus bukan roh dusta. Mari kita bertekad supaya tidak tertipu oleh roh dusta. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment