2 Tawarikh 20:22-23 (AVB) Pada waktu mereka mulai bersorak-sorai dan menyanyikan puji-pujian, TUHAN mengadakan pengadangan terhadap bani Amon, bani Moab, dan orang Pergunungan Seir yang datang menyerang Yehuda, sehingga mereka semua dikalahkan.
Bani Amon dan Moab bangkit melawan penduduk Pergunungan Seir lalu menumpas dan membinasakan mereka. Setelah memusnahkan penduduk Seir, mereka saling membinasakan sesama sendiri.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Saling membinasakan" Pasukan besar yang mahu menyerang Yehuda yang terdiri daripada bani Amon, Moab dan Edom dibuat TUHAN saling berlawan, menyebabkan mereka semua terbunuh. Raja Yosafat tidak perlu berperang dengan mereka sebab TUHAN berperang untuk mereka. Tuhan Yesus boleh menolong kita melalui pelbagai cara. Mari kita bertekad bersandar kepada TUHAN sebab TUHAN menyebabkan para musuh saling membinasakan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 5.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment