2 Tawarikh 33:19-20 (AVB) Doanya dan pengabulan doanya, segala dosa dan kemungkarannya, serta tempat-tempat di mana dia membina bukit-bukit pemujaan, mendirikan patung-patung Asyera dan patung-patung ukiran sebelum dia merendahkan diri, sesungguhnya semua itu tertulis dalam riwayat para pelihat. Lalu Manasye dibaringkan bersama nenek moyangnya dan dia dimakamkan di dalam istananya. Maka Amon, anaknya, menaiki takhta menggantikannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Merendahkan diri" Raja Manasye telah memusnahkan semua yang dibuat oleh ayahnya raja Hizkia untuk menyembah TUHAN. Dia menyembah ilah lain malahan membawa patung-patung dan ukiran ilah lain di Bait TUHAN. Tetapi ketika dia hidup dalam buangan di Babel kerana ditawan oleh raja Asyur dia merendahkan diri di hadapan TUHAN. Dia dikembalikan di Yerusalem menjadi raja semula. Kemudian mangkat dalam kerendahan hati di hadapan TUHAN. Tuhan Yesus mahu kita merendahkan diri supaya kita ditinggikan. Mari kita bertekad merendahkan diri seperti raja Manasye. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.3.2023.

Comments

Popular Posts