Ezra 7:25-26 (AVB) Dan kau, wahai Ezra, menurut hikmah Allahmu yang ada padamu, hendaklah kamu melantik para hakim dan para ahli hukum yang akan menghakimi seluruh rakyat di daerah seberang Sungai Efrat, iaitu semua orang yang mengetahui hukum Allahmu. Hendaklah kamu mengajar kesemua umat yang tidak mengetahuinya. Sesiapa pun yang enggan mematuhi hukum Allahmu dan undang-undang raja hendaklah dijatuhi hukuman dengan segera, iaitu hukuman mati, buang negeri, penyitaan harta, atau pemenjaraan.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menguatkuasa hukum" Raja-raja Parsi sangat baik kepada orang buangan, terus menerus membiayai pembinaan Bait TUHAN di Yerusalem, kali ini 100 talenta diberikan kepada imam Ezra lebih kurang RM300 juta. Bukan itu saja raja menguatkuasa hukum TUHAN di Yerusalem dengan mengeluarkan surat perintah. Para imam, orang Levi dan para petugas Bait TUHAN dikecualikan cukai. Tuhan Yesus boleh menyalurkan berkat melalui pemerintahan seperti pengalaman kita di Malaysia, saban tahun gereja dilimpahi peruntukan kewangan untuk pembinaan, baikpulih dan sebagainya. Mari kita bertekad seperti raja Artahsasta menguatkuasa hukum TUHAN di Yerusalem damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.3.2023.

Comments

Popular Posts