Ezra 6:3-4 (AVB) Pada tahun pertama dalam zaman pemerintahan Raja Kores, raja memberikan perintah mengenai Rumah Allah di Yerusalem: Biarlah bait itu dibina semula sebagai tempat mempersembahkan korban, dan biarkan asasnya diletakkan dengan teguh. Hendaklah ketinggiannya enam puluh hasta dan lebarnya enam puluh hasta
dengan tiga lajur batu yang besar-besar dan satu lajur kayu. Hendaklah pembiayaannya ditanggung oleh perbendaharaan raja.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ditanggung oleh perbendaharaan raja" Carian surat perintah raja Kores bagi membina Bait TUHAN di Yerusalem telah ditemui di Ahmeta di dalam istana di wilayah Media. Bukan saja diizinkan membina malahan kos ditanggung oleh kerajaan Parsi. Golongan yang mengadu kepada raja Darius itu pula diperintahkan untuk memberi bantuan dana. Tuhan Yesus tuan atas segala tuan dan raja di atas segala raja (Efesus 1:21). Dia boleh mengarahkan tuan atau raja di dunia ini untuk membina gereja kalau Dia mahu. Mari kita bertekad seperti raja Darius ditanggung perbendaharan raja membina Bait TUHAN di Yerusalem. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment