Ezra 4:2-3 (AVB) mereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, “Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini.”
Tetapi Zerubabel, Yesua, dan para ketua kaum keluarga Israel yang lain berkata kepada mereka, “Kamu tidak ada kena-mengena dengan kami dalam urusan pembinaan bait bagi Allah kami. Kami sendirilah yang akan membinanya bagi TUHAN, Allah Israel, sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Kores, raja Parsi itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menolak kerjasama" Rakyat yang kembali dari pembuangan menolak kerjasama dengan penduduk sekitar yang sudah lama berada di sana untuk turut serta membina Bait TUHAN di Yerusalem. Mengakibatkan bantahan berpanjangan dari mereka sehingga pembinaan terhenti atas perintah raja Parsi. Tuhan Yesus tidak menolak siapa saja yang mahu bekerjasama membina gedung gereja, seperti pengalaman kita di Sabah. Mari kita bertekad supaya tidak menolak kerjasama orang lain ketika membina gedung gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 25.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment