Ezra 1:1-2 (AVB) Pada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, TUHAN menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menulis perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya: “Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membina bait TUHAN di Yerusalem" Selepas tujuh puluh tahun warga Yehuda dalam buangan di Babel mereka diizinkan pulang ke Yerusalem untuk membina bait TUHAN di Yerusalem. Atas perintah raja Korea raja Persia. Tuhan Yesus boleh memakai siapa saja membina gereja-Nya termasuk pemerintahan seperti pengalaman kita di Malaysia. Mari kita bertekad supaya seperti raja Kores mahu membina bait TUHAN di Yerusalem. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.3.2023.

Comments

Popular Posts