Ezra 2:64-65, 68-69 (AVB) Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,
belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 200 orang penyanyi lelaki dan perempuan.
Sesampainya mereka di Rumah TUHAN, iaitu di Yerusalem, beberapa orang ketua keluarga memberikan persembahan sukarela untuk membina Rumah Allah di tempatnya semula.
Mereka menyumbangkan sekadar kemampuan mereka untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 61,000 dirham emas, 5,000 mina perak, dan 100 helai tunik imam.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kembali dari pembuangan" Jumlah mereka yang kembali dari pembuangan seramai 42,360 orang lebih kurang penduduk Matunggong. Sesampai mereka di Yerusalem mereka memberi wang persembahan untuk pembinaan Rumah TUHAN. Dianggarkan persembahan mereka bernilai 27 juta duit kita hari ini. Rupanya mereka yang kembali dari pembuangan orang yang berada. Tuhan Yesus dalam pelayanan pun mempunyai dana yang agak baik mungkin dalam tangan ada sekitar 10 ribu nilai duit kita (Markus 6:37). Mari kita bertekad supaya kembali dari pembuangan untuk membina semula Rumah TUHAN di Yerusalem iaitu gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.3.2023.
Selamat menuaikan ibadah puasa kepada kawan-kawan Muslim kita.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment