Ezra 3:12-13 (AVB) Akan tetapi, antara imam, bani Lewi, dan ketua kaum keluarga, iaitu tua-tua yang pernah melihat bait terdahulu, banyak yang menangis dengan suara nyaring ketika peletakan asas itu dilaksanakan di hadapan mata mereka. Ada ramai orang pula yang bersorak-sorai dengan suara nyaring kerana gembira. Orang tidak dapat membezakan lagi antara bunyi sorak-sorai kegembiraan dengan bunyi tangisan umat, kerana umat bersorak dengan suara nyaring sehingga bunyinya kedengaran sampai di tempat yang jauh. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Meletakkan Batu asas Bait TUHAN" Rakyat yang kembali ke Yerusalem membina mazbah kemudian mempersembahkan korban dan merayakan Perayaan Pondok Daud. Selepas itu mereka meletakkan batu asas Bait TUHAN. Bersoraklah rakyat ada yang menangis kegembiraan terharu atau sedih atau terkenang Bait TUHAN yang dulu, bercampur-baur perasaan mereka. Tuhan Yesus sempat melihat bangunan yang dibina itu yang sedang diubah suai pada zaman pelayanan-Nya. Mari kita bertekad seperti rakyat yang kembali dari pembuangan meletakkan batu asas Bait TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.3.2023.

Comments

Popular Posts