Ezra 10:18-19 (AVB) Antara keturunan imam didapati beberapa orang yang memperisteri perempuan asing, iaitu: Daripada bani Yesua anak Yozadak dan saudara-saudaranya: Maaseya, Eliezer, Yarib, dan Gedalya. Mereka membuat persetujuan untuk mengusir isteri mereka. Kerana kesalahan mereka itu, mereka mempersembahkan seekor domba jantan daripada kawanan domba sebagai korban penebus kesalahan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengusir isteri" Rakyat dan para petugas Bait TUHAN bertekad mahu menyucikan diri dengan mengusir isteri dan anak-anak yang dilahirkan oleh isteri bukan bangsa mereka menurut hukum Taurat. Begitulah tekad mereka di bawah kepimpinan imam Ezra. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menjadi anak-anak terang (Matius 5:14) menyinari kehidupan sekeliling, berusaha hidup tanpa noda. Mari kita bertekad supaya seperti para orang buangan mengusir isteri tidak suci mereka. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 31.3.2023.

Comments

Popular Posts