2 Tawarikh 26:18-19 (AVB) Mereka berdiri di depan Raja Uzia dan berkata kepadanya, “Uzia, membakar dupa untuk dipersembahkan kepada TUHAN bukanlah hak tuanku, melainkan hak para imam keturunan Harun yang telah ditahbiskan untuk tugas itu. Keluarlah dari tempat suci ini, kerana tuanku telah berbuat mungkar. Tuanku tidak akan dimuliakan oleh TUHAN Allah kerana hal ini.”
Uzia, yang sedang memegang sebuah pedupaan untuk dibakar, menjadi geram. Tetapi ketika dia geram terhadap para imam itu, timbullah penyakit kusta pada dahinya di hadapan para imam di Bait TUHAN, dekat mazbah pembakaran dupa.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membakar dupa" Raja Usia semakin kuat kedudukan dalam kerajaan, negara sekeliling tunduk kepadanya, timbulah kesombongan raja sehingga mahu membakar dupa di bait suci, sedangkan hanya para imam keturunan Harun yang ditahbis boleh berbuat demikian. TUHAN mengazabkan penyakit kusta kepadanya ketika sedang memegang dupa. Tuhan Yesus mengajar kita supaya tidak menjadi sombong sebab akan di rendah (Lukas 14:11). Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja Usia membakar dupa kerana kesombongan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 11.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment