Ezra 8:25-27 (AVB) Aku menimbangkan dan menyerahkan kepada mereka perak, emas, dan pelbagai wadah dan kelengkapan, iaitu persembahan khusus bagi Bait Allah kami yang diberikan oleh raja, para penasihatnya, para pembesarnya, dan semua orang Israel yang hadir di situ.
Aku menimbangkan bagi mereka 650 talenta perak, 100 talenta kelengkapan perak, 100 talenta emas,
20 cawan emas berharga satu ribu dirham, dan dua wadah gangsa yang berkilat dan indah yang bernilai sama seperti emas.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Harta untuk pembinaan Bait TUHAN" Rombongan kedua yang pulang ke Yerusalem pada zaman Artahsasta diketuai oleh imam Ezra membawa bersama ratusan talenta (satu talenta lebih kurang bernilai RM300K), rupanya orang buangan sudah diberkati oleh TUHAN ketika berada di Babel dalam masa lebih kurang tujuh puluh tahun, dalam pemerintahan raja Parsi (sekarang Iran). Tuhan Yesus sudah memberkati kita dalam negara Malaysia sejak pembentukan pada tahun 1963, sekarang hidup kita sudah banyak kemewahan berbanding sebelum tahun itu. Mari kita bertekad seperti rombongan yang pulang membawa harta untuk pembinaan Bait TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 29.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment