2 Tawarikh 30:25-27 (AVB) Seluruh jemaah Yehuda bersuka ria bersama-sama para imam, bani Lewi, seluruh jemaah yang datang dari Israel, dan pendatang dari Tanah Israel serta yang tinggal di Tanah Yehuda. Demikianlah ada kesukaan yang besar di Yerusalem, kerana sejak zaman Salomo anak Daud, raja Israel, belum pernah terjadi peristiwa seperti itu di Yerusalem. Setelah itu, para imam Lewi segera memberkati rakyat. Suara mereka didengar Allah dan doa mereka sampai ke tempat kediaman-Nya yang suci di syurga. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perayaan Paskah" Raja Hizkia mengada Perayaan Paskah selama tujuh hari. Raja menjemput rakyat dari Yehuda dan Israel datang ke perayaan itu. Raja dan rakyat yang datang sangat gembira, perayaan semeriah seperti ini belum pernah berlaku sejak zaman raja Daud. Tuhan Yesus juga merayakan Paskah di Yerusalem sebelum Dia ditangkap dan disalipkan. Mari kita bertekad supaya seperti raja Hizkia mengada Perayaan Paskah secara besar-besaran. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.3.2013.

Comments

Popular Posts