2 Tawarikh 23:20-21 (AVB) Sesudah itu dia mengajak ketua-ketua pasukan seratus, para bangsawan dan pemerintah rakyat serta seluruh rakyat negeri untuk membawa raja turun dari Bait TUHAN. Mereka masuk ke istana raja melalui Pintu Gerbang Atas dan mendudukkan raja di atas takhta kerajaan. Seluruh rakyat negeri bersuka ria dan kota itu pun sentosa setelah Atalya dibunuh dengan pedang. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Atalya dihapuskan" Selepas raja Ahazia mangkat ibunya mengangkat dirinya menjadi raja, kemudian membunuh semua anak raja (cucunya sendiri), tetapi ada seorang anak raja yang sempat disembunyikan oleh imam. Imam itu menyembunyikan anak itu sehingga besar. Kemudian mentahbis menjadi raja. Atalya yang jahat itu pun dibunuh. Tuhan Yesus ialah TUHAN dan raja kita, hapuskan kejahatan Atalya supaya sentosa hidup kita. Mari kita bertekad supaya kejahatan Atalya dihapuskan dalam hidup kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.3.2023.

Comments

Popular Posts