2 Tawarikh 22:2-3 (AVB) Ahazia berumur dua puluh dua tahun ketika dia menaiki takhta, dan dia bertakhta di Yerusalem selama satu tahun. Nama ibunya ialah Atalya anak Omri.
Dia juga hidup mengikuti jejak keluarga Ahab, kerana ibunya menasihatinya untuk berbuat fasiq.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ibu menasihat berbuat fasiq" Ibu raja Ahazia menjadi penasihat fasiq baginya. Ahazia hanya setahun menjadi raja di Yehuda sebab hidup dalam kefasiqkan. Tuhan Yesus mengajar kita supaya memilih jalan sempit yang memberi kehidupan (Matius 7:13-14). Mari kita bertekad tidak seperti raja Ahazia mendengar nasihat ibu menasihat berbuat fasiq. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment