Ezra 5:16-17 (AVB) Selanjutnya Sesbazar datang dan meletakkan asas Rumah Allah di Yerusalem. Maka sejak masa itu sampai sekarang, bait itu dibina tetapi belum selesai.’
Sekarang, jika diperkenan oleh Raja, adakanlah suatu carian di dalam perbendaharaan diraja di Babel, sama ada Raja Kores pernah memberikan perintah untuk membina semula Rumah Allah di Yerusalem itu. Kemudian sudilah Raja menyampaikan kehendaknya tentang hal tersebut kepada kami.”
Kopivosihan dan selamat beribadah. Hari ini saya berkongsi tentang "Surat perintah membina Bait TUHAN" Setelah beberapa waktu berlalu rakyat kembali meneruskan pembinaan Bait TUHAN di Yerusalem selepas nabi Hagai dan nabi Zakharia bernubuat memberi semangat kepada rakyat. Tetapi datang lagi bantahan dari kumpulan sekitar Yerusalem dan mengadukan kepada raja Parsi raja Darius, memohon dicari surat perintah raja Kores bagi membina semula Bait TUHAN di Yerusalem. Tuhan Yesus memberi kita perintah membinaan gedung gereja melalui para pemimpin gereja dan penguasa tempatan. Mari kita bertekad bertindak bijaksana supaya memiliki surat perintah membina Bait TUHAN iaitu gedung gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 26.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment