2 Tawarikh 36:15-16 (AVB) TUHAN, Allah nenek moyang mereka, terus-menerus mengirim pesan kepada mereka dengan perantaraan utusan-utusan-Nya, kerana Dia sayang kepada umat-Nya dan kepada tempat kediaman-Nya.
Akan tetapi, mereka mengolok-olokkan utusan-utusan Allah itu, meremehkan firman-Nya, dan mengejek nabi-nabi-Nya sehingga murka TUHAN bangkit terhadap umat-Nya dan tidak mungkin lagi ada pemulihan.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengolok-olok para utusan TUHAN" Raja Yehuda silih berganti ada yang baik di mata TUHAN ada yang jahat. Akhirnya kerajaan Yehuda runtuh kerana kejahatan raja mereka tidak mendengar nasihat malah mengolok-olok para utusan TUHAN. Tuhan Yesus juga diolok-olok ketika disalipkan (Markus 15:31). Mari kita bertekad supaya tidak seperti raja-raja Yehuda yang mengolok-olok para utusan TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.3.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment