2 Tawarikh 29:3-5 (AVB) Pada bulan pertama dalam tahun pertama pemerintahannya, Hizkia membuka pintu-pintu Bait TUHAN dan memperbaiknya. Dibawanya para imam dan bani Lewi, lalu dikumpulkannya mereka di halaman sebelah timur. Katanya kepada mereka, “Dengarlah, wahai bani Lewi! Sucikanlah dirimu sekarang, dan sucikanlah Bait TUHAN, Allah nenek moyangmu. Keluarkanlah segala hal yang cemar daripada Tempat Suci. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membuka pintu-pintu Bait TUHAN" Raja Hizkia Membuka semula pintu-pintu Bait TUHAN yang ditutup bertahun-tahun lamanya oleh raja Ahas. Ibadah dikembalikan semula. Tuhan Yesus mahu mengembalikan fungsi Bait TUHAN yang sudah dicemari urusniaga yang tidak jujur. Mari kita bertekad supaya seperti raja Hizkia membuka pintu-pintu Bait TUHAN mengembalikan ibadah kepada TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.3.2023.

Comments

Popular Posts