2 Raja-Raja 25:8-10 (AVB) Pada hari ketujuh dalam bulan kelima tahun kesembilan belas zaman pemerintahan Nebukadnezar, raja Babel, datanglah Nebuzaradan, ketua pasukan pengawal, pegawai raja Babel ke Yerusalem. Dia membakar Bait TUHAN, istana raja, dan semua rumah di Yerusalem. Setiap rumah yang besar dibakarnya habis. Kemudian seluruh pasukan orang Kasdim yang menyertai ketua pasukan pengawal itu merobohkan tembok di sekeliling Yerusalem. Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Yerusalem dimusnahkan kali kedua" Selepas sebelas tahun pemusnahan pertama, Yerusalem dimusnahkan lagi oleh orang Kasdim, sebab raja Yehuda yang dilantik mereka memberontak. Berakhirlah pemerintahan keturunan raja Daud di Yehuda sampai hari ini. Kemudian melantik seorang pembesar bernama Gedalya yang berkuasa ke atas rakyat yang masih di tanah Yehuda. Tuhan Yesus datang untuk memulihkan Yerusalem tetapi Yerusalem menolaknya. Tujuh puluh tahun selepas Tuhan Yesus dibunuh bait suci dan Yerusalem dimusnahkan lagi, sampai hari ini tidak dibina semula. Mari kita berubah supaya tidak seperti Yerusalem dimusnahkan kali kedua. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 15.1.2023.

Comments

Popular Posts