2 Raja-Raja 19:35-37 (AVB) Pada malam itu malaikat TUHAN keluar dan menewaskan 185,000 orang di perkhemahan Asyur. Apabila orang bangun pada pagi esoknya, didapati mayat-mayat belaka! Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe. Pada suatu hari, ketika dia sedang bersembahyang di dalam kuil Nisrokh, tuhannya, Adramelekh dan Sarezer, anak-anaknya, membunuhnya dengan pedang lalu mereka melarikan diri ke Tanah Ararat. Maka Esarhadon, anaknya, menaiki takhta menggantikannya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Sanherib raja Asyur dibunuh" Ketika Sanherib mengancam mahu menghancurkan Yerusalem raja Hizkia memohon pertolongan kepada TUHAN. Kemudian TUHAN membunuh seratus lapan puluh lima ribu askar Asyur. Memaksa Sanherib pulang ke Asyur. Di sana dia dibunuh oleh dua orang putranya. Begitulah kesudahan raja yang sombong, bagi TUHAN terlalu mudah untuk mengakhiri kesombongan manusia. Tuhan Yesus mengajar kita supaya tidak meninggikan diri sebab TUHAN akan merendahkannya (Matius 23:11). Mari kita berubah supaya tidak seperti Sanherib raja Asyur dibunuh sebab kesombongannya terhadap TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.1.2023.

Comments

Popular Posts