2 Raja-Raja 20:1-3 (AVB) Pada waktu itu Hizkia jatuh sakit dan hampir mati. Datanglah Nabi Yesaya anak Amos menemuinya dan berkata kepadanya, “Beginilah firman TUHAN, ‘Uruskanlah rumah tanggamu, kerana engkau akan mati dan tidak akan sembuh lagi.”
Kemudian Hizkia memalingkan mukanya ke dinding dan berdoa kepada TUHAN, katanya,
“Ya TUHAN, semoga Engkau ingat betapa aku telah hidup di hadapan-Mu dengan setia dan tulus hati, serta melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis tersedu-sedu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hizkia berdoa minta disembuhkan" Suatu ketika raja Hizkia raja Yehuda jatuh sakit. Diberi tahu oleh nabi Yesaya bahawa dia tidak akan sembuh. Kemudian Hizkia berdoa supaya dia disembuhkan. Belum pun nabi Yesaya keluar dari istana doa raja dijawab, bahawa dia akan sembuh dan diberi umur lagi lima belas tahun. Tuhan Yesus mengajar kita supaya berdoa kepada TUHAN dan Dia akan memberi jawapan (Matius 7:7). Mari kita berubah supaya seperti raja Hizkia berdoa minta disembuhkan kepada TUHAN ketika jatuh sakit. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment