1 Tawarikh 11:10-12 (AVB) Inilah para ketua kesateria Daud. Bersama-sama semua orang Israel, mereka memberikan sokongan yang kuat kepadanya dalam kerajaannya sehingga mantap kedudukannya sebagai raja, seperti yang difirmankan TUHAN mengenai Israel.
Inilah daftar kesateria Daud: Yasobam, anak orang Hakhmoni, ketua bagi Tiga Orang Panglima. Dia pernah menggunakan tombaknya melawan tiga ratus orang yang kemudian ditewaskannya dalam satu pertempuran.
Selepasnya ialah Eleazar anak Dodo, orang Ahohi iaitu seorang daripada tiga orang panglima itu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, semalam banjir melanda daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas semoga cepat surut. Hari ini saya berkongsi tentang "Penyokong kuat" Raja Daud dikaruniakan para pahlawan gagah perkasa, ada tiga pahlawan paling handal dan diikuti tiga puluh lagi pahlawan lain. Tuhan Yesus mempunyai dua belas murid yang setia selain itu para pengikut yang lebih kurang lima ratus orang. Kunci kejayaan pelayanan kita apabila ada pasukan yang kuat. Mari kita berubah supaya seperti tiga pahlawan dan tiga puluh yang lain penyokong kuat raja Daud. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 26.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment