1 Tawarikh 10:13-14 (AVB) Demikianlah Saul mati kerana kemungkaran yang dilakukannya terhadap TUHAN. Dia tidak berpegang teguh pada firman TUHAN, malah bertanya kepada pemanggil arwah untuk mencari petunjuk,
dan bukan mencari petunjuk TUHAN. Oleh sebab itu TUHAN mengambil nyawanya dan mengalihkan kerajaan itu kepada Daud anak Isai.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak berpegang teguh kepada firman TUHAN" Alkitab bersaksi bahawa raja Saul terbunuh beserta anak-anaknya sebab kemungkaran memanggil arwah meminta petunjuk dan tidak meminta petunjuk kepada TUHAN. Tuhan Yesus mengajar kita supaya mencari, meminta dan mengetuk pintu kepada-Nya dan Dia akan memberikan (Matius 7:7). Mari kita berubah supaya tidak seperti raja Saul yang tidak berpegang teguh kepada firman TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment