2 Raja-Raja 15:27-29 (AVB) Pada tahun kelima puluh dua zaman pemerintahan Azarya, raja Yehuda, Pekah anak Remalya menaiki takhta atas Israel di Samaria. Dia bertakhta selama dua puluh tahun,
dan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN. Dia tidak menjauhkan diri daripada dosa-dosa Yerobeam anak Nebat, yang menyebabkan orang Israel turut berdosa.
Pada zaman Pekah, raja Israel, datanglah Tiglat-Pileser, raja Asyur. Dia merebut Iyon, Abel-Bet-Maakha, Yanoah, Kedesh, Hazor, Gilead, dan Galilea, seluruh Tanah Naftali, lalu membuang penduduknya ke Asyur.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pembuangan bermula" Raja-raja Israel semuanya melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, tidak menjauhkan penyembahan patung anak lembu yang dibuat oleh raja pertama mereka iaitu Yerobeam anak Nebat. Raja Asyur datang menyerang dan berjaya menakluki seluruh Tanah Naftali, kemudian membuang penduduknya ke Asyur. Tuhan Yesus berulang kali memanggil kita supaya bertaubat menjauhkan dosa. Mari kita berubah supaya menjauhkan diri daripada dosa penyembahan kepada pengharapan yang lain, sebab pembuangan bermula kalau kita tidak bertaubat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 5.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment