2 Raja-Raja 17:5-6 (AVB) Setelah itu, raja Asyur maju menjelajahi seluruh negeri itu, lalu menyerang Samaria dan mengepungnya selama tiga tahun.
Pada tahun kesembilan zaman pemerintahan Hosea, raja Asyur merebut Samaria. Dia membuang orang Israel ke Asyur lalu menyuruh mereka tinggal di Halah dan berdekatan dengan Habor, iaitu sungai di Gozan, serta di kota-kota orang Madai.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, politik Sabah bergolak lagi, apabila BN tarik sokongan kepada ketua menteri. Hari ini saya berkongsi tentang "Runtuhnya kerajaan Israel" Pada zaman pemerintahan raja Hosea, raja Asyur merebut kota Samaria dan mengangkut semua penduduknya ke Asyur. TUHAN izinkan ini berlaku sebab orang Israel sama jahat dengan penduduk asal tanah Kanaan yang dihukum oleh TUHAN. Tuhan Yesus mengajar kita supaya menyembah TUHAN sahaja (Matius 4:10). Mari kita berubah supaya tidak seperti runtuhnya kerajaan Israel sebab kejahatan mereka seperti orang Kanaan. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 7.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment