2 Raja-Raja 18:32-33 (AVB) sampai aku datang dan membawa kamu ke sebuah negeri seperti negerimu, iaitu sebuah negeri yang mempunyai gandum dan air anggur, roti serta kebun anggur, minyak zaitun dan madu. Maka, kamu tidak akan mati melainkan hidup. Jangan dengarkan Hizkia apabila dia memperdayakan kamu dengan berkata, ‘TUHAN akan melepaskan kita.’
Pernahkah tuhan bangsa-bangsa melepaskan negeri masing-masing daripada tangan raja Asyur?
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini saya berkongsi tentang "Tawaran raja Asyur" Selepas raja Asyur menawan kota-kota berkubu di Yehuda, dia mengutus pengawainya kepada raja Hizkia untuk memberi amaran supaya tunduk kepadanya. Sambil memberi tawaran kepada rakyat bahawa akan membawa mereka ke suatu negeri yang subur dan ada madu. Tuhan Yesus memberi kita tawaran bahawa Dia akan menyediakan rumah bagi kita di surga (Yohanes 14:2). Mari kita berubah supaya tidak termakan tawaran raja Asyur itu. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 8.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment