2 Raja-Raja 14:9-10 (AVB) Tetapi Yoas, raja Israel, mengirim utusan kepada Amazia, raja Yehuda, “Duri di Lebanon mengirim pesan kepada pokok araz di Lebanon, ‘Berikanlah anak perempuanmu untuk menjadi isteri anakku.’ Akan tetapi, seekor binatang liar di Lebanon berlalu dan menginjak-injak duri itu. Engkau memang telah mengalahkan orang Edom, dan kerana itu engkau menjadi bangga diri. Bermegahlah, tetapi tetaplah tinggal di istanamu! Apakah gunanya menentang malapetaka sehingga engkau harus jatuh bersama-sama orang Yehuda?” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menjadi bangga diri" Raja Yehuda berjaya mengalahkan raja Edom dalam satu peperangan, kemudian dia mahu pula berperang dengan raja Israel. Tetapi raja Israel menolak untuk berperang. Raja Israel menyifatkan raja Yehuda menjadi bangga diri selepas mengalahkan raja Edom itu. Tuhan Yesus mengajar kita supaya tidak meninggikan diri, sebab TUHAN akan merendahkannya (Lukas 18:14). Mari kita berubah supaya tidak menjadi bangga diri selepas meraih kejayaan. Tahun baharu memerlukan individu yang tidak bangga diri. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 4.1.2023.

Comments

Popular Posts