1 Tawarikh 6:48-49 (AVB) Para saudara mereka iaitu orang Lewi lainnya, ditugaskan dengan segala pekerjaan Khemah Suci, iaitu Rumah Allah. Tetapi Harun dan keturunannya bertugas membakar korban di atas mazbah korban bakaran dan di atas mazbah pembakaran dupa bagi segala pekerjaan Tempat Yang Maha Suci. Mereka juga bertugas mengadakan pendamaian bagi orang Israel selaras dengan semua yang diperintahkan oleh Musa, hamba Allah itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tugas keturunan Harun" Harun ialah keturunan suku Lewi, mereka dipilih TUHAN turun temurun bertugas membakar korban di atas mezbah dan membakar ukupan di dalam ruangan maha Kudus. Melalui Tuhan Yesus kita pun seperti keturunan Harun dipanggil menjadi imam yang melayani di gereja (1 Petrus 2:9). Mari kita berubah supaya dapat menjalankan tugas keturunan Harun di gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 21.1.2023

Comments

Popular Posts