2 Raja-Raja 21:1-3 (AVB) Manasye berumur dua belas tahun pada waktu dia menaiki takhta, dan dia bertakhta selama lima puluh lima tahun di Yerusalem. Nama ibunya ialah Hefzibah.
Dia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, mengikuti kekejian bangsa-bangsa yang telah dihalau TUHAN dari hadapan orang Israel.
Dia membina kembali bukit-bukit pemujaan yang sudah dimusnahkan oleh Hizkia, ayahnya, lalu didirikannya pelbagai mazbah iaitu tempat pembakaran korban bagi Baal serta dibuatnya patung Asyera seperti yang dilakukan Ahab, raja Israel. Dia sujud menyembah segala benda langit dan beribadat kepadanya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Manasye raja yang jahat" Raja Yehuda silih ganti mereka semua baik di mata TUHAN tetapi Manasye raja yang jahat di mata TUHAN, dia menyembah tuhan-tuhan yang lain. Malahan mencemarkan bait suci dengan patung Asyera. Tuhan Yesus mengajar kita supaya beribadah kepada TUHAN sahaja (Lukas 4:8). Mari kita berubah supaya tidak seperti Manasye raja yang jahat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment