1 Tawarikh 15:21, 24-25 (AVB) Matica, Elifele, Mikneya, Obed-Edom, Yeiel, dan Azazya harus memainkan kecapi yang lebih rendah lapan nada untuk memimpin nyanyian. Sebanya, Yosafat, Netaneel, Amasai, Zakharia, Benaya, dan Eliezer, para imam, meniup nafiri di depan tabut Allah. Obed-Edom dan Yehia ialah penjaga pintu gerbang bagi tabut itu. Daud, tua-tua Israel, dan pemimpin pasukan seribu pergi mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari rumah Obed-Edom dengan sukacita. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Obed-Edom orang Lewi" ingat lagi Obed-Edom, tabut TUHAN disinggahkan di rumah kerana raja Daud takut kepada TUHAN. Kali kedua raja Daud memindahkan tabut itu ke Yerusalem berjaya kerana mengikut petunjuk hukum Musa. Rupanya Obed-Edom orang Lewi, dia terlibat sama dalam rombongan mengangkat tabut itu, dia sebagai pemain kecapi nada rendah dan juga penjaga pintu gerbang bait TUHAN. Tuhan Yesus memilih tempat persinggahan-Nya sesuai rancangan pelayanan, seperti rumah Marta (Lukas 10:38). Mari kita berubah supaya seperti Obed-Edom orang Lewi tempat persinggahan tabut TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 30.1.2023.

Comments

Popular Posts