1 Tawarikh 3:10-16 (AVB) Anak Salomo ialah Rehabeam, kemudian turun-temurunnya ialah Abia, Asa, Yosafat,
Yoram, Ahazia, Yoas,
Amazia, Azarya, Yotam,
Ahas, Hizkia, Manasye,
Amon, Yosia.
Anak-anak Yosia: Yohanan, yang sulung; Yoyakim, anak kedua; Zedekia, anak ketiga; Salum, anak keempat.
Anak Yoyakim ialah Yekhonya, dan anak Yekhonya ialah Zedekia.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Keturunan raja Salomo" Alkitab tidak hanya mencatat peristiwa juga keturunan raja-raja Yehuda sebelum dan selepas mereka dibuang ke Babel. Mungkin tujuannya supaya mereka tidak kehilangan identiti. Alkitab Perjanjian Baru disusun dimulakan dengan daftar keturunan Tuhan Yesus, supaya pembaca tahu Dia keturunan siapa. Kita pun boleh menyusun daftar keturunan kita sendiri supaya generasi seterusnya tahu asal-usul mereka. Mari kita berubah supaya seperti keturunan raja Salomo dicatat keturunan mereka. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.1.1023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment