1 Tawarikh 9:1-2 (AVB) Demikianlah semua orang Israel dicatat dalam salasilah. Sesungguhnya, mereka tertulis dalam kitab raja-raja Israel. Orang Yehuda telah dibuang ke Babel kerana kemungkaran mereka.
Penduduk yang pertama sekali kembali menetap di tanah-tanah milik mereka, di kota-kota mereka, ialah orang Israel awam, para imam, bani Lewi, dan para hamba Bait Allah.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, semalam dan hari ini cuti umum sambutan tahun baharu Cina di negara kita. Hari ini saya berkongsi tentang "Dibuang kerana kemungkaran" Penduduk Yerusalem dibuang sebab kemungkaran mereka, walaupun begitu kembali juga selepas tujuh puluh tahun hidup dalam pembuangan di Babel. Tuhan Yesus boleh membuang penduduk kota kerana kemungkaran mereka. Seperti mana keceman terhadap kota-kota pada zaman pelayanan-Nya (Matius11:20-24). Mari kita berubah supaya tidak seperti kota Yerusalem dibuang kerana kemungkaran. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment