2 Raja-Raja 24:14-15 (AVB) Dia membuang seluruh penduduk Yerusalem, semua panglima, dan semua kesateria yang gagah perkasa, juga semua tukang dan pandai besi – sepuluh ribu orang jumlahnya. Tidak ada yang ditinggalkan, kecuali orang miskin dalam kalangan rakyat negeri itu. Yoyakhin berserta bonda raja, para isteri raja, para pegawai istananya, dan para penguasa di negeri itu dibuangnya ke Babel. Diangkutnya mereka dari Yerusalem ke Babel sebagai kumpulan orang buangan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Penduduk Yerusalem dibuang ke Babel" Akhirnya kota Yerusalem dihancurkan oleh raja Babel dan mengangkut raja Yehuda serta penduduk Yerusalem ke Babel sebagai orang buangan. Semua ini berlaku sebab kejahatan raja Yehuda. Tuhan Yesus boleh saja menghukum kita dengan membuang dari negara kita kalau terus menerus melakukan kejahatan. Mari kita berubah supaya tidak seperti penduduk Yerusalem dibuang ke Babel kerana kejahatan mereka. Damai sejahtera menaungi kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 14.1.2023.

Comments

Popular Posts