1 Tawarikh 2:54-55 (AVB) Anak-anak Salma: Betlehem, orang Netofa; Atarot-Bet-Yoab; dan setengah daripada orang Manahti, iaitu orang Zori.
Kaum-kaum jurutulis, yang tinggal di Yabes ialah orang Tirati, orang Simati, dan orang Sukhati. Merekalah orang Keni keturunan Hamat, bapa keturunan kaum Rekhab.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kaum-kaum jurutulis" Ada juga kaum dikalangan bangsa Israel yang menjadi jurutulis sebagai pekerjaan mereka. Mereka dari keturunan Kaleb jalur keturunan Yehuda. Kerana Kaum-kaum jurutulis inilah kita dapat mewarisi Alkitab perjanjian lama dan mewarisi iman Abraham. Tanpa mereka kisah Abraham dan kaitannya dengan Tuhan Yesus tidak kita ketahui. Mari kita berubah supaya seperti Kaum-kaum jurutulis menulis kisah perjalanan hidup bangsa mereka bersama TUHAN, untuk diwariskan kepada generasi yang baharu. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment