1 Tawarikh 4:20-23 (AVB) Anak-anak Simon: Amnon, Rina, Ben-Hanan, dan Tilon. Anak-anak Yisei: Zohet dan Ben-Zohet.
Anak-anak Syela anak Yehuda: Er, bapa Lekha; Lada, bapa Maresa; dan kaum pengusaha kain linen halus dari Bet-Asybea;
serta Yokim, orang Kozeba, Yoas, dan Saraf yang menguasai Moab tetapi kemudian kembali ke Lehem. Segala riwayat ini sudah tua.
Mereka itu tukang periuk, penduduk Netaim dan Gedera. Di sanalah mereka tinggal dan bekerja untuk raja.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pengusaha kain linen dan periuk" Ada juga suku di kalangan rakyat di Israel kuno yang mempunyai pekerja berbeza daripada menternak haiwan. Iaitu perusahaan kain linen dan pembuatan periuk. Tuhan Yesus lahir dalam keluarga tukang kayu (Markus 6:3), mungkin juga Dia pandai bertukang. Tidak salah memiliki pekerja atau perusahaan lain dari yang lazim di satu tempat. Mari kita berubah supaya seperti pengusaha kain linen dan periuk berani berbeza dengan orang lain. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment