1 Tawarikh 12:38-39 (AVB) Kesemuanya pejuang yang tahu mengatur barisan perang. Mereka datang ke Hebron dengan tulus hati untuk menobatkan Daud menjadi raja atas seluruh Israel. Semua orang Israel yang lain pun bersatu hati untuk menobatkan Daud menjadi raja. Tiga hari lamanya mereka tinggal di sana bersama dengan Daud, makan dan minum, kerana para saudara mereka menjamu mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Daud mendapat sokongan rakyat" Para pahlawan dari pelbagai suku datang kepada Daud di Hebron melantiknya menjadi raja untuk seluruh Israel. Siapakah yang dapat melawan, begitulah TUHAN mengukuhkan kedudukan Daud. Tuhan Yesus sudah ada pengikut 2.38 bilion daripada 8 bilion penduduk dunia pada tahun 2022. Mari kita berubah supaya seperti Daud mendapat sokongan rakyat. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.1.2023.

Comments

Popular Posts