1 Tawarikh 7:20-22 (AVB) Keturunan Efraim turun-temurun: Sutelah, Bered, Tahat, Elada, Tahat, Zabad, Sutelah, kemudian Ezer dan Elad, yang dibunuh oleh orang kaum Gat yang lahir di negeri itu kerana mereka merampas ternakan kaum Gat itu. Efraim, ayah mereka, berkabung berhari-hari lamanya, sehingga para saudaranya datang untuk menghiburkannya. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dibunuh kerana mencuri ternak" Kisah anak Efraim mencuri ternak kaum Gat kemudian dibunuh oleh kaum itu, Efraim berkabung berhari-hari lamanya. Dapatlah kita bayangkan keadaan dunia pada masa itu sangat keras, pembunuhan mudah berlaku. Tidak hairanlah hukum Taurat sangat keras untuk mengimbangi kejahatan pada zaman itu. Tuhan Yesus mengajar memanggil saudara kafir pun dikira satu kesalahan dan patut dibawa kepengadilan (Matius 5:22) apa lagi membunuh. Mari kita berubah supaya tidak seperti anak Efraim dibunuh kerana mencuri ternak. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.1.2023.

Comments

Popular Posts