2 Raja-Raja 13:20-21 (AVB) Elisa pun meninggal lalu dimakamkan. Pada awal tahun, gerombolan orang Moab sering memasuki negeri itu. Suatu kali, ketika beberapa orang sedang menguburkan mayat, tiba-tiba mereka melihat gerombolan datang. Lalu mereka mencampakkan mayat itu ke dalam makam Elisa. Sebaik sahaja tersentuh tulang-tulang Elisa, orang itu pun hidup kembali dan bangun berdiri di atas kedua-dua kakinya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hidup semula" Ada satu ketika ada orang sedang menguburkan, sebab takut melihat gerombolan orang Moab mereka mencampakkan mayat itu dan terkena pada tulang belulang nabi Elisa. Mayat itu pun hidup semula. Tuhan Yesus pernah menghidupkan semula orang mati (Yohanes 11:1-46). Mari kita berubah supaya bersentuhan dengan orang yang boleh hidupkan semula semangat kita untuk maju di tahun baharu. Tahun baharu memerlukan individu yang menghidupkan semula semangat melayani di gereja. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.1.2023.

Comments

Popular Posts