1 Tawarikh 13:11-14 (AVB) Daud berasa kesal kerana TUHAN telah menyambar Uza. Itulah sebabnya tempat itu disebut Peres-Uza sampai hari ini.
Pada hari itu Daud menjadi takut kepada Allah, katanya, “Bagaimanakah tabut Allah itu dapat kubawa ke tempatku?”
Oleh sebab itu Daud tidak jadi memindahkan tabut itu ke tempatnya, iaitu ke Kota Daud, melainkan menyinggahkannya di rumah Obed-Edom, orang Gat.
Maka tabut Allah itu tinggal di rumah keluarga Obed-Edom selama tiga bulan dan TUHAN pun memberkati keluarga Obed-Edom dan segala miliknya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Obed-Edom diberkati" Kisah raja Daud memindahkan tabut TUHAN dari Kiryat-Yearim ke Yerusalem gagal sebab ada pengawai raja yang terbunuh dalam perjalanan. Maka tabut itu disinggahkan di rumah Obed-Edom orang Gat. Tidak dapat dipastikan siapakah orang ini, adakah ia orang Israel atau Filistin. Tetapi TUHAN berkenan dan memberkati keluarganya. Tuhan Yesus pernah berkunjung ke kota Sidon dan menyembuhkan anak seorang balu orang Kanaan (Matius 15:21-28). Mari kita berubah supaya seperti Obed-Edom diberkati TUHAN walaupun mungkin bukan orang Israel. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 28.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment