1 Tawarikh 17:11-12 (AVB) Apabila umurmu telah genap dan engkau pergi menyusul nenek moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, seorang daripada anakmu, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya.
Dialah yang akan membina bait bagi-Ku, dan Aku akan mengukuhkan takhtanya untuk selama-lamanya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Niat mahu membina bait TUHAN" Raja Daud tidak sanggup melihat tabut TUHAN diletakkan di dalam kemah sedangkan dia tinggal dalam istana. Sebab itu raja Daud ada niat mahu membina bait TUHAN. TUHAN berjanji bahawa keturunan raja Daud yang akan membina bait TUHAN itu bukan dia. Tuhan Yesus semasa pelayanan-Nya beberapa kali berkunjung ke bait TUHAN di Yerusalem yang dibina selepas bait TUHAN yang pertama. Mari kita berubah supaya seperti raja Daud ada niat mahu membina bait TUHAN. Damai sejahtera menaungi kita ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.2.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment