2 Raja-Raja 22:8, 10-11 (AVB) Imam Besar Hilkia berkata kepada jurutulis Safan, “Aku menemui semula Kitab Suci Taurat di dalam Bait TUHAN.” Hilkia menyerahkan kitab itu kepada Safan lalu Safan membacanya.
Seterusnya jurutulis Safan memberitahu raja, “Imam Hilkia telah menyerahkan sebuah kitab kepada hamba.” Lalu Safan membacakannya di hadapan raja.
Apabila raja mendengar perkataan Kitab Suci Taurat itu, dia pun mengoyakkan pakaiannya.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, tahniah barisan kabinet kerajaan Sabah yang baharu. Selepas rombakan dibuat ekoran pergolakan politik beberapa hari yang lepas. Hari ini saya berkongsi tentang "Kitab Taurat ditemui" Rupanya kitab Taurat hilang selama berberapa waktu dalam pemerintahan kerajaan Yehuda. Kini ditemui pada zaman raja Yosia. Raja bertekad mahu mentaati kitab itu. Tuhan Yesus menggunakan kitab Taurat ketika mengajar, malahan menggunakan ayat dalam kitab Ulangan untuk melawan pencobaan dari iblis (Matius 4:1-11). Mari kita berubah supaya kitab Taurat ditemui dalam rumah kita. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment