1 Tawarikh 5:1-2 (AVB) Berikut ialah anak-anak Ruben, anak sulung Israel. Ruben memang anak yang sulung, tetapi kerana dia telah mencemari petiduran ayahnya, maka hak kesulungannya diberikan kepada keturunan Yusuf anak Israel, meskipun dalam salasilah dia tidak tercatat sebagai anak sulung.
Memang Yehuda yang terkuat antara saudara-saudaranya, bahkan daripada dialah muncul seorang raja, tetapi hak kesulungan tetap pada Yusuf.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hak kesulungan" Biasanya hak kesulungan milik anak yang sulung, tetapi dalam kisah Alkitab tidak semestinya. Yusuf bukan anak sulung tetapi diberi hak kesulungan, begitu juga Yakub mendapat hak itu secara licik, Ishak pun bukan anak sulung tetapi dipilih mewarisi harta Abraham. Melalui Tuhan Yesus kita mewarisi hak anak sulung sebagi ciptaan yang sulung (Yakobus 1:18) dalam janji baharu. Mari kita berubah supaya berhak mewarisi hak kesulungan seperti Yusuf. Damai sejahtera menaungi kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.1.2023.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment