Setelah Tou, raja Hamat, mendengar khabar bahawa Daud mengalahkan seluruh pasukan Hadadezer, raja Zoba, maka diutusnya Hadoram, anaknya, kepada Raja Daud untuk menanyakan keadaannya dan mengucapkan selamat kepadanya kerana dia telah memerangi Hadadezer serta mengalahkannya. Dahulunya, Hadadezer memang sering memerangi Tou. Hadoram membawa berbagai-bagai barang daripada emas, perak, dan gangsa.
1 Tawarikh 18:9-10
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mendengar khabar bahawa Daud mengalahkan seluruh pasukan Hadadezer"
Bab 18 kitab 1 Tawarikh kisah kejayaan raja Daud mengalahkan kerajaan sekitarnya yang memilih untuk bermusuh berbanding bersahabat, antara kuasa besar pada masa itu raja Aram Hadadezer dikatakan Daud mengalahkan seluruh pasukan Hadadezer (ay.9).
Boleh dikatakan kerajaan sekeliling raja Daud tidak mahu bersahabat kecuali kerajaan Hamat menurut konteks bab 18.
Hari ini jangan ingat semua orang bermusuhan atau semua bersahabat, mesti ada juga yang tidak.
Pilihan di tangan kita mahu bersahabat atau bermusuhan.
Bermusuhan meletihkan bersahabat menyenangkan itulah perbezaannya.
Mahu mengucapkan tahniah atas kejayaan orang lain atau cemburu?
Semoga kita seperti raja Hamat setelah mendengar khabar bahawa Daud mengalahkan seluruh pasukan Hadadezer dia mahu bersahabat bukan bermusuhan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya memilih untuk bersahabat bukan bermusuhan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 7.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment