Daripada orang Amram, orang Yizhar, orang Hebron, dan orang Uziel:
Sebuel anak Gersom anak Musa menjadi ketua perbendaharaan.
1 Tawarikh 26:23-24
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Ketua perbendaharaan"
Bab 26 kitab 1 Tawarikh kisah pembahagian tugas menjaga pintu gerbang, tidak disebut pintu gerbang apa tetapi kita boleh faham laluan masuk ke kawasan istana raja Daud di Yerusalem.
Dikatakan ada 4 pintu gerbang, utara, selatan, timur dan barat. Setiap pintu gerbang dijaga oleh orang Lewi melalui cabutan undi (ay.14-19).
Begitulah raja Daud mengatur tugas menjaga pintu gerbang.
Selain tugas menjaga pintu gerbang, orang Lewi juga diberi tugas menjaga perbendaharaan Rumah TUHAN diketuai oleh Sebuel cucu Musa hamba TUHAN itu (ay.24).
Mungkin inilah satu-satu ayat yang terakhir menyebut Musa, nampaknya Musa bukan fokus penulis kitab Tawarikh.
Walaupun bagaimana pun tugas menjadi Ketua perbendaharaan juga sangat penting tetapi tidak terlibat mengendali ibadah secara langsung.
Hari ini TUHAN masih memilih para pelayan dan diberi tugas sesuai ketetapan TUHAN sendiri. Kadang kita berfikir mahu melayani ini dan itu tetapi tidak berlaku seperti yang kita mahu, akui saja TUHAN ada pilihan tersendiri.
Semoga kita menjalankan tugas yang diamanahkan oleh TUHAN mungkin sebagai ketua perbendaharaan, penjaga pintu gerbang, pemain musik, pengkhutbah dan sebagai.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang menerima apa saja pelayanan atau pekerjaan yang kami terima.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 15.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment