Inilah daftar orang Israel, iaitu para ketua kaum keluarga, para pemimpin pasukan seribu dan pasukan seratus, serta para pegawai yang berkhidmat kepada raja dalam segala sesuatu perihal rombongan yang bertugas atau bebas tugas bulan demi bulan sepanjang tahun. Setiap rombongan terdiri daripada 24,000 orang.
1 Tawarikh 27:1
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "24 ribu orang"
Bab 27 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud menyediakan pasukan bertugas untuk setiap bulan yang berjumlah 24 ribu orang, ada 12 rombongan diketuai oleh seorang ketua (ay.2-15), antara ketua rombongan itu seorang anak imam yang bernama Benaya (ay.5).
Selain itu ada mengurus harta raja dengan ketua masing-masing iaitu persediaan luar kota, pekerja ladang, kebun anggur, kebun zaitun dan ara, ternak dan harta benda raja (ay.25-31).
Begitulah raja Daud mentadbir kerajaan.
Gereja juga perlu diurus oleh ramai orang demi memastikan berfungsi dengan baik. Biasanya pengurusan yang baik boleh mempengaruhi pertumbuh iman jemaah dan begitu pula sebaliknya.
Semoga kita seperti raja Daud menyediakan 24 ribu orang setiap kali bertugas selama 3 bulan, atau paling tidak cukup petugas setiap kali ibadah umum.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menyediakan petugas yang cukup di gereja.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 16.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment