Ketika orang Filistin mendengar bahawa Daud telah dilantik menjadi raja atas seluruh Israel, pergilah semua orang Filistin untuk mencari Daud. Akan tetapi Daud mendapat tahu tentang hal itu, lalu dia pun pergi menghadapi mereka. Setelah orang Filistin datang dan melakukan penyerbuan di Lembah Refaim,
1 Tawarikh 14:8-9
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Orang Filistin mencari Daud"
Bab 14 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud menetap di Yerusalem, dia mengambil beberapa isteri lagi dan mendapat ramai anak lelaki dan perempuan, antara yang disebut Salomo (ay.4).
Raja Tirus bersahabat dengan raja Daud, dia membantu membina istananya (ay.1), ini membuat raja Daud yakin TUHAN mengukuhkan kerajaannya (ay.2).
Tetapi berbeza dengan orang Filistin mereka dikatakan pergilah semua orang Filistin untuk mencari Daud (ay.8) kita tahu niat mereka mahu membunuh Daud, tetapi Daud tahu hal itu (ay.9) lantaran itu mereka menyerang dua kali (ay.9,13), tetapi berjaya dikalahkan.
Orang Filistin bukannya bersahabat dengan jiran tetangga terdekat tetapi raja Tirus yang jauh pula yang mahu bersahabat.
Masing-masing ada pendekatan Tirus mungkin melihat kerajaan Daud boleh jadi rakan perdagangan, Filistin pula mungkin melihat ini satu ancaman ketenteraan.
Begitulah sehingga hari ini jiran negara sesebuah negara ada pesepsi masing-masing.
Semoga kita jiran tetangga seperti raja Tirus bukan seperti orang Filistin mencari Daud untuk berperang.
Doa: Tuhan Yesus beri kami hati yang mahu bersahabat bukan berperang dengan jiran tetangga.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 3.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment