Selanjutnya peperangan terjadi lagi di Gat. Di sana ada seorang yang tinggi perawakannya. Kedua-dua belah tangan dan kakinya berjari enam. Jadi, jarinya berjumlah dua puluh empat. Dia juga termasuk keturunan raksasa. Ketika orang itu mencemuh orang Israel, maka Yonatan anak Simea abang Daud, menewaskannya. Itulah kalangan keturunan raksasa di Gat. Mereka tewas oleh tangan Daud dan tangan anak buahnya. 1 Tawarikh 20:6-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yonatan anak Simea abang Daud, menewaskannya" Bab 20 kitab 1 Tawarikh bersambung kisah kejayaan peperangan Daud, dikatakan muncul lagi keturunan raksasa di kota Gat tetapi ditewaskan oleh askar Daud, salah satunya anak saudara Daud sendiri iaitu Yonatan anak Simea abang Daud (ay.7) Boleh dikatakan keluarga Daud menewaskan keturunan raksasa. Daud ketika di usia remaja membunuh Goliat (1 Sam.17:49-50) itulah juga yang menaikkan namanya. Raksasa memang menjadi ancaman besar di tanah Kanaan kuno, kita ingat salah satu alasan paling kuat para pengintip mengaku kalah untuk memasuki tanah Kanaan kerana kewujudan keturunan raksasa (Bil.13:33). Tetapi pada zaman Daud, Daud Yonatan dan anak buahnya tidak takut malah berjaya menewaskan mereka. Hidup kita banyak masalah seperti raksasa, terpulanglah mahu mengalah atau lawan dengan kekuatan iman. Semoga kita seperti Yonatan anak Simea abang Daud menewaskannya iaitu keturunan raksasa di Gat. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengalahkan raksasa di Gat. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 9.5.2026. Kaamatan Matunggong hari ini.

Comments

Popular Posts